Wednesday 23 April 2014

TAZKIRAH SIRAH

Penghakiman paling aneh di dunia!          Selepas Samarkand jatuh ke tangan tentera Islam, padri besar negeri itu mengutus surat kepada khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz.          Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam.          Umar mengarahkan hakim yang dilantik untuk bertugas di Samarkand bernama Jumay’ supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut.          Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa (padri besar Samarkand) dan yang didakwa (Qutaibah, panglima angkatan tentera Islam).          Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran.          Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan paderi besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim.          Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada paderi besar Samarkand:-          Hakim: Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand?-          Paderi: Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami!          Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya          bertanya:-          Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah?          Qutaibah: Peperangan adalah tipu muslihat.          Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.          Hakim: Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka (penduduk Samarkand) kepada Islam atau membayar jizyah atau perang?          Qutaibah: Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi.          Hakim: Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menolong umat ini melainkan dengan (berpegang kepada) agama, MENJAUHI TIPU DAYA dan menegakkan keadilan.          Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya:          Hakim: Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand!          Paderi besar terpinga-pinga,tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja.          Paderi besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.          Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasan, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi?          Lalu diberitahu kepada mereka bahawa          pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan menggemparkan.Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil penyayang dari negeri mereka.          Lantas paderi besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi. Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai paderi besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah.Ya Allah!          Betapa hebatnya kisah ini. Betapa gemilangnya lembaran sejarah Islam yang agung.Pernahkah anda dengar satu angkatan tentera menakluk sebuah kota, kemudian penduduk kota itu membuat dakwaan ke atas tentera yang menakluk, dan akhirnya tentera yang menakluk itu kalah dalam perbicaraan dan diperintahkan keluar dari kota yang telah ditakluknya?          Demi Allah! Kita tidak akan temui kisah serupa ini dalam sejarah mana-mana umat di dunia ini selain dari umat Islam!          Dipetik dari buku ‘Qasas min at-Tarikh’ oleh Syaikh Ali at-Tantawi 

Sunday 13 April 2014

TAZKIRAH DIRI

Tazkirah buat diri ini yang selalu terlupa dan juga buat sahabat2....

***Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
***Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa
***Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan
***Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia
***kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah
***tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia
***Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
***Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.
***Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita
***kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita
***kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat
***kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
***tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...
***Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman
***apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
***setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...

***kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.
***ke satu perjalanan yang jauh.
***yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
***sesungguhnya mati itu benar.
***Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...
***Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi.
*** Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia.
***Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan.
***Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat.
***Renung2kan dan selamat beramal.

PENGISIAN ROHANI

pengisian rohani...mohon baca

InsyaAllah...
Kalau nak ubah dunia,
Ubah manusianya.
Kalau nak ubah manusia,
Ubah hatinya.
Kalau nak ubah hatinya,
Ubah solatnya.
----------------
Hisablah diri kamu
Sebelum kamu dihisab.
(Qaf : 16)
Ada orang di akhirat nanti akan terkejut betapa sekecil-kecil amalan akan Allah paparkan..
Setiap amal perbuatan baik sebezar zarah sekalipun akan diperlihatkan..
Orang yang banyak muhasabah diri di dunia akan kurang dihisab di akhirat kelak...
---------------
Andai kita jujur pada diri, dosa dalam sehari terlalu menggunung sehingga mampu membuat kita muhasabah diri.
Syarat nak muhasabah
-Jangan ego
-Jangan salahkan orang
Hanya hati yang bersih mampu melihat kesalahan atau kesilapan diri.
Asasnya - sucikan hati
melalui istighfar..
Ketidakmampuan untuk beribadah adalah hasil maksiat yang kita kumpul selama ini.
Hati yang dikuasai Allah, sukar untuk didekati syaitan..
-----------------
"Ya Allah binakanlah sebuah istana untukku di syurga di sisimu" - Doa Asiah isteri kepada Fir'aun.
Pakailah pandangan akhirat untuk melihat dunia. Dunia adalah jambatan menuju akhirat. Lebihkan akhirat berbanding dunia yang hanya sementara, tools menuju akhirat.
----------------
Hati yang tenang, ada yang makin mendekati Allah, ada yang semakin jauh dari kita..
Ada yang mencari tempat untuk menenangkan hatinya.
Ada yang cari akhirat,
Ada yang hanyut dalam dunia.
Allah bagi alarm!
Suruh kita sedar, ada yang tak kena dengan diri dan amalan kita...
Allahurabbi..
---------------
Always question yourself,
Kerana apa kita buat sesuatu.
Kalau tak buat kerana Allah,
Ianya menjadi seperti habaan mansura, debu yang berterbangan.
Nauzubillah.
---------------
Kalau kita rasa kita penat lelah atas dunia, itu dusta semata.
Kita mengharap rehat di syurga, tapi ada satu saat niat kita beralih arah :( Buat hanya sekadar melaksanakan tanggungjawab atau pandangan manusia :'(
-----------------
Hati bersangkut dengan akal.
Maka orang yang waras akalnya, kita akan buat sesuatu yang mencantikkan amalan kita.
Jagalah akal kita kerana ianya disebut juga dalam maqasid syariah - menjaga kewarasan akal.
Cara tajamkan akal :
-banyakkan bercakap
-banyakkan bersugi
-bergaul dengan orang soleh
-mendampingi orang berilmu
Allah sangat mencintai
orang yang berfikir..
Dalam al-Quran sendiri Allah berfirman dan menegaskan kebaikan dan hikmah hamba yang berfikir..
----------------
Bacalah dengan berkualiti.
Bacalah lama mana sekalipun asalkan berkualiti.
-----------------
Carilah ayat al-Quran dan mendalaminya. Akal kita akan menjadi tajam insyaAllah..
Jadilah diri kita sebagai alatan untuk Allah. Buat apa yang Allah suka, yang Allah tugaskan, yang Allah amanah terhadap jasad dan nyawa yang dipinjamkan Allah..
Orang yang merindui akhirat tak semestinya gloomy sepanjang masa. Cumanya jangan melebihkan dunia.
Rasulullah SAW sendiri seorang yang ceria dan gemar bermanis muka :')
---------------
Menangislah di belakang manusia. Jagalah kualiti keikhlasanmu dalam mencintai Allah :')
Andai nak dibanding dengan para ulama, tidak terbanding.. Betapa mereka memanfaatkan masa mereka.. Misalnya, Imam Al-Ghazali yang telah mengarang banyak kitab yang bermanfaat buat ummah :)
Gunakan umurmu yang singkat untuk panjangkan amalan.
Bila kita mati, biarlah dosa kita mati bersama, tetapi pahala amalan kita berterusan :')
- Dari Hamba Allah 

DOA ISTIGHFAR

 
DOA istiqfar:
1) Ya Allah ya tuhan kami, ampunknlah dosa kami & dosa kedua ibubapa kami, berilah rahmat kpd mereka sepertimana mereka telah mendidik kami di masa kecil.
2) Ampunkanlah dosa muslimin, muslimat, mukminin, mukminat yang hidup Dan yang telah mati.
3) Kurniakan kepada kami kebaikan di dunia & di akhirat, lepaskan kami Dari azab api neraka.
4) Ya Allah  ya tuhan kami, kurniakan kepada kami pasangan hidup & keturunan yang bahagia, jadikanlah kami contoh yg baik kepada orang2 yg bertakwa.
5) Lepaskan kami Dari azab kubur, fitnah hidup, fitnah mati, fitnah masihud dajjal, fitnah kekufuran & kepapaan juga fitnah sakaratulmaut.
6) Masukkan kami ke dalam syurga Firdaus bersama-sama orang yang beriman
Kelebihan membaca DOA istiqfar:
1)Allah memberi pahala tiap2 org Islam yg hidup Dan yang mati.
2)Allah akan memasukkan ke dalam syurga.
3)Allah akan memberi berkat kpd anak cucu.
4)Allah akn memberi kekuatan rohani & jasmani
5)Allah akn memberi harta benda yg berkat.
6)Allah akan menolak bala bencana.
7)Allah akan memberi bermacam2 kurnia yg istimewa.
8)Allah akan mengampunkan dosa yg lalu.
9)Allah akan menurunkan hujan rahmat.
10)Allah akan menyampaikan hajat yang dimohon.
11)Allah akan menghindarkan dari azab api neraka
12)Allah akan memberi rahmat dalam penghidupan.
13)Allah akan memberi ilmu pengetahuan yang tersembunyi.
14)Allah akan memanjangkan umur Dan keselamatan dalam hidup.
15)Allah akan memberi kemudahan dalam mencari rezeki.

7 SEBAB UTAMA LETIH DAN PENAT BERPANJANGAN

7 SEBAB UTAMA LETIH DAN PENAT BERPANJANGAN

Adakah anda sentiasa rasa penat berpanjangan, jom kita tengok sebab2nya :

1. Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan)
>> daya tumpuan terganggu
>> badan jadi letih dan lemah
>> tidak dpt berfikir dgn baik
*** cuba minum 1-2 gelas air dan lihat kesannya

2. Aktiviti berlebihan
- jadual harian yg padat >> perlukan tenaga dan pergerakan yg kerap
- menyebabkan keletihan mental dan fizikal
- aktif bersukan dan bersenam secara berlebihan >> keletihan pada otot dan badan

3. Ubat-ubatan
- ubat-ubat sintetik beri kesan sampingan negatif >> rasa letih dan mengantuk
- contoh: ubat bersifat anti-depresi dan ubat yang penghalang beta seperti ubat migrain dan darah tinggi

4. Kurang Zat Besi
- Zat besi >> diperlukan tubuh dalam proses mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel
- kekurangan zat besi >> fungsi tubuh tidak dapat berfungsi dengan normal
>> menyebabkan anda berasa letih.

5. Tidur kurang berkualiti/ tidak lena
- disebabkan gaya hidup yang tidak sihat
tidur yang cukup >> penting untuk kecantikan dan menjaga tahap kesihatan

6. Keadaan Kesihatan
- keletihan >>> mungkin petanda penyakit
*masalah penghadaman
*penyakit berkaitan kardiovasukular
*kanser
*penyakit autoimun
*penyakit hati
- mengandung juga punca keletihan

7. Stress
- stress menyebabkan anda mudah rasa letih mental dan fizikal

Saturday 12 April 2014

7 Sunnah Hebat

7 Sunnah Hebat
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

KISAH RASULULLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG TITISAN AIR HUJAN

KISAH RASULULLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG TITISAN AIR
HUJAN
Diriwayatkan (Al-Mustadrah Syeikh An-Nuri, jilid 5:355, hadis ke 72),
bahwa Rasulullah saw bersabda,
“Disaat aku tiba di langit di malam Isra’ Miraj, aku melihat satu malaikat memiliki 1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari. Aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu. Aku bertanya kepada Jibril as, pendampingku,
‘Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?.’
Jibril berkata, Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi.’
Rasulallah saw bertanya kepada malaikat tadi,
‘Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?.
’Malaikat itupun berkata, ‘Wahai Rasulullah saw, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran),
sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam as sampai sekarang ini, begitu pula aku mengetahui jumlah titisan yang turun ke laut, ke darat, ke hutanrimba, ke gunung-gunung, ke lembah-lembah, ke sungai-sungai, ke sawah-sawah dan ke tempat yang tidak diketahui manusia.’
Mendengar huraian malaikat tadi,
Rasulullah saw sangat takjub dan bangga atas kecerdasannya dalam
menghitung titisan air hujan.
Kemudian malaikat tadi berkata kepada beliau,
‘Wahai Rasulullah saw, walaupun aku memiliki seribu tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan
keulungan untuk menghitung titisan air hujan yang yang turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan.
Rasulallah saw pun bertanya,
‘Apa kekurangan dan kelemahan kamu?.
’Malaikat itupun menjawab, ‘Kekurangan dan kelemahanku, wahai
Rasulullah, jika umatmu berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu bershalawat atasmu, pada saat itu aku tidak bisa menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan Allah kepada mereka atas shalawat yang mereka ucapkan atas dirimu."
اللهم صل علي سيدنا محمد و علي ال محمد
Allahhuakhbar.